Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Classic Header

{fbt_classic_header}

Top Ad

Menarik di Guamansyarie.com

latest

Pelaksanaan perintah hadanah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia.

Pelaksanaan perintah hadhanah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Kita semua maklum, selepas berlaku penceraian suami isteri, pertika...

mahkamah syariah

Pelaksanaan perintah hadhanah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia.


Kita semua maklum, selepas berlaku penceraian suami isteri, pertikaian antara kedua dua belah pihak mengenai hadhanah (hak penjagaan anak) boleh dilakukan di mahkamah syariah.

Selepas meneliti hujah plaintif & defendan, mahkamah akan memberikan hak tersebut kepada pihak terbaik yang mampu menjaga kebajikan anak tersebut. Artikel kali ini, kita akan kongsikan kepada pembaca proses perlaksanaan perintah ini selepas perbicaraan selesai di mahkamah.


Senarai artikel di dalam siri hadhanah


  1. Hadhanah - Hak penjagaan anak dalam islam.
  2. Makna hadhanah dari pelbagai sumber muktabar.
  3. Apakah yang melayakkan seseorang mendapat hak jagaan anak?
  4. Berapa lama tempoh jagaan hadhanah?
  5. Proses perlaksanaan hadhanah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia.  (Artikel ini)

Apakah yang berlaku selepas mahkamah syariah menetapkan hak penjagaan anak?


1. Selepas keputusan untuk hak penjagaan ditetapkan oleh hakim, pihak mahkamah akan mengerluarkan surat keputusan tersebut dan diberikan kepada kedua dua pihak suami & isteri. Semua perintah yang dikeluarkan mahkamah ini wajib dipatuhi oleh kedua dua pihak.


2. Pihak suami hendaklah menyerahkan anak kepada bekas isterinya dan pihak isteri mempunyai hak untuk menuntut penjagaan anak daripada pihak suami, begitu juga sebaliknya. Perlaksanaan ini hendaklah berkuatkuasa bermula dari tarikh yang ditetapkan didalam surat keputusan mahkamah.


3. Tetapi jika tarikh penyerahan tidak ditetapkan, maka menurut S. 152(3) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 menetapkan bahawa:
Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah dibawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.
Surat ini hendaklah dihantar kepada pihak suami supaya dia menyerahkan hak jagaan anak kepada pihak isteri.


4. Apabila pihak suami tidak menyerahkan hak penjagaan kepada pihak isteri, maka perbuatan pihak suami ini dikira sebagai ‘menghina mahkamah’ dan boleh dikenakan tindakan.

Menurut S.229(1) menyatakan bahawa:
Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit” Manakala perenggan (3) pula menyatakan bahawa: “Dalam hal penghinaan yang dilakukan diluar mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu.

Dengan ini, pihak isteri dikehendaki menyediakan ‘surat tunjuk sebab’ kepada mahkamah.


5. Apabila surat ini telah disediakan, maka ia akan diendorskan oleh mahkamah untuk dihantar kepada pihak suami. Contoh surat ini terdapat didalam Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 dan ditandakan sebagai Borang MS 45.


6. Pihak suami dikehendaki hadir ke mahkamah bagi menunjukkan sebab mengapa dia tidak dapat melaksanakan perintah mahkamah. Jika alasan pihak suami tidak dapat memuaskan mahkamah, maka pihak suami boleh dikenakan tindakan pengkomitan sepertimana yang tertakluk dibawah S.229(1) Akta 585.

Contoh perintah pengkomitan ini terdapat didalam Borang MS 46 dalam Akta 585. Biasanya perintah ini akan dilakukan oleh Bailif dan akan dibantu oleh pihak polis. Walaubagaimanapun, prosiding ini hanya akan dilakukan apabila terdapat permohonan atau aduan dari pihak isteri.


Fiza Haron
Berkelulusan sarjana muda syariah undang-undang perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dgn diploma lanjutan pentadbiran kehakiman dan guaman Islam UKM, beliau juga mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Berpengalaman lebih 7tahun, beliau kini bernaung dibawah firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associate. Beliau boleh dihubungi di talian 011-64390556 atau email di mailto:hafizahharonassociates@gmail.com

No comments