Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Classic Header

{fbt_classic_header}

Top Ad

Menarik di Guamansyarie.com

latest

Hak penjagaan anak dalam islam di Malaysia.

Alhamdulillah, 2 hari lepas telah keluar keputusan untuk anak guam berkaitan tuntutan hak jagaan anak setelah hampir 3 tahun perjala...


Hak penjagaan anak dalam islam


Alhamdulillah, 2 hari lepas telah keluar keputusan untuk anak guam berkaitan tuntutan hak jagaan anak setelah hampir 3 tahun perjalanan kes. Banyak liku ketika kes ini berjalan antara nya si ayah tiba tiba ketika prosiding menghilangkan diri tetapi akhirnya alhamdulillah hadir kembali, si ibu tiba tiba jatuh sakit. Dengan akhirnya terhenti seketika disebabkan wabak covid melanda negara.

Akhirnya pada hari keputusan 2-2 pihak bersyukur di atas keputusan yang mahkamah berikan setelah mahkamah meneliti segala fakta keterangan bukti saksi yang diberikan beserta kehadiran anak utk membuat pilihan pada siapa yang ingin mereka tinggal memandangkan 3 daripada 4 anak tersebut adalah lebih dari umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun untuk perempuan.

Yang mana seorang anak yang masih bawah umur diberikan kepada ibu dan ya g temag melebihi umur mumaiyiz kepada bapa. alhamdulillah ini yang dimahukan oleh kedua dua pihak. 



APAKAH HAK JAGAAN ANAK?



apa itu hadhanah

Penjagaan anak-anak yang belum mumaiyiz disebut sebagai hadhanah. Secara umumnya, ibu lebih berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini.

Keutamaan ibu ini berasaskan kepada beberapa faktor.

Pertama, kerana ibu secara umumnya, lebih pengasih dan lebih sabar menanggung beban menjaga dan mendidik anak-anak.

Kedua, ibu lebih lembut dan mampu memberikan belaian cinta dan kasih sayang yang amat diperlukan oleh anak-anak di peringkat ini.

Dalam satu atsar yang bersumberkan daripada Yahya bin Said, beliau berkata, aku pernah mendengar Qasim bin Muhammad berkata:

Ertinya:

Dahulu Umar bin al-Khattab pernah memperisterikan seorang perempuan daripada kaum Ansar.

Lalu lahirlah anak yang bernama Ashim bin Umar. Kemudian Umar menceraikan isterinya tersebut.

Lalu, pada suatu hari Umar pergi ke Quba’. Beliau melihat anaknya sedang bermain di halaman masjid Quba’.

Maka Umar pun menarik tangan anak tersebut dan mendudukkannya di bahagian hadapan di atas tunggangannya lalu berangkat pergi.


Tiba-tiba, nenek si anak melihat cucunya bersama Umar, lantas dia ingin mendapatkannya daripada Umar.

Mereka akhirnya membawa pertikaian tersebut di hadapan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

Umar berkata kepada Abu Bakar, “Dia ialah anakku.’ Nenek itu juga berkata, Dia ialah anakku,’Abu Bakar berkata, ‘Biarkanlah dia bersama ibunya.

‘Umar tidak membantah keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar itu.”

(Riwayat Malik dalam al-Muwaththa’)


Tegasnya, ibu ialah orang yang paling berhak untuk penjagaan anak yang masih kecil itu.

Jika ibu hilang kelayakan hak itu berpindah kepada nenek sebelah ibu.

Hak bapa untuk menjaga anak kecil yang belum mumaiyiz diberikan jika ibunya dan neneknya hilang kelayakan untuk menjaganya.

Urutan hadhanah


Oleh itu, secara keseluruhannya urutan keutamaan penjagaan anak menurut hadhanah adalah seperti berikut:

✅Ibu
✅Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
✅Bapa;
✅Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
✅Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✅Kakak atau adik perempuan seibu;
✅Kakak atau adik perempuan sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu;
✅Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
✅Emak saudara sebelah ibu;
✅Emak saudara sebelah bapa:
✅Waris lelaki yang boleh meniadi warisnya sebagai ‘asobah 


Apakah pertimbangan yang dilihat oleh MAHKAMAH untuk menentukan hak jagaan anak?


️ kebajikan anak anak tersebut
️ kemahuan ibu bapa kanak kanak tersebut
️ kemahuan kanak kanak tersebut di dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendirian nya.



BAGAIMANA HAK JAGAAN BOLEH HILANG?



Hak penjagaan anak terbatal kerana


Faktor-faktor yang boleh membawa terlucutnya hak Hadhanah terhadap kanak-kanak diperuntukkan secara jelas dalam Seksyen 83 Akta 303[17] yang menyatakan:


Hak seseorang perempuan terhadap Hadhanah adalah hilang:


️Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
️Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
️Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
️Jika perempuan itu murtad;
️Jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu


Dalam Arahan Amalan No. 15 Tahun 2007[18] juga ada memperuntukkan bahawa alasan yang menyebabkan hak jagaan seseorang bapa atau pihak lelaki hilang kelayakan terhadap Hadhanah, antaranya ialah:

️Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
️Jika dia murtad;
️Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu;
️Jika dia menjadi tidak sempurna akal;
️Jika dia berpenyakit kusta, sopak atau penyakit-penyakit lain yang berjangkit yang membahayakan kanak-kanak itu.

Walaupun Perceraian berlaku diantara suami dan isteri Hak-Hak sebagai seorang ayah dan ibu masih terpakai. Apa yang penting kebajikan, kemaslahatan dan keselamatan kanak kanak tetap menjadi perkara utama yang akan dinilai oleh mahkamah.

#hafizahharonassociates




Fiza Haron
Berkelulusan sarjana muda syariah undang-undang perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dgn diploma lanjutan pentadbiran kehakiman dan guaman Islam UKM, beliau juga mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Berpengalaman lebih 7tahun, beliau kini bernaung dibawah firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associate. Beliau boleh dihubungi di talian 011-64390556 atau email di mailto:hafizahharonassociates@gmail.com

No comments