Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Pages

Classic Header

{fbt_classic_header}

Top Ad

Menarik di Guamansyarie.com

latest

Perceraian Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Secara Persetujuan Bersama

Apakah Perceraian S.47? Perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah kaedah perceraian ...

Penceraian dalam islam

Apakah Perceraian S.47?


Perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah kaedah perceraian secara persetujuan bersama antara suami dan isteri yang dapat memelihara aib kedua-dua belah pihak. Ini merupakan kaedah perceraian yang efektif kerana dapat diselesaikan dalam tempoh 6 jam waktu bekerja sahaja bermula dari pendaftaran kes sehingga perintah bersih dikeluarkan.

Dalam permohonan ini, Mahkamah akan melihat sama ada pihak yang satu lagi (suami/isteri) setuju atau tidak dengan tuntutan perceraian yang difailkan oleh suami/isteri di Mahkamah dan sama ada telah wujud pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat dipulihkan lagi. Selepas siasatan dilakukan, jika Mahkamah mendapati bahawa wujudnya pecah belah dalam rumahtangga yang tidak dapat diselamatkan, maka dengan kebenaran Mahkamah akan membenarkan talaq dilafazkan oleh suami dan kes tersebut selesai.


Walau bagaimanapun, Mahkamah akan melihat kepada beberapa perkara sebelum membenarkan suami melafazkan talaq iaitu:

a) tidak menjalinkan hubungan kelamin semasa dalam proses perceraian

b) tidak ada orang yang memaksa suami utk melafazkan cerai

c) suami dalam keadaan waras dan sedar

d) mendapat kepastian dan keesahan kedua-dua belah pihak sebelum lafaz dibuat


penceraian


Bagaimana pula sekiranya suami tidak bersetuju?


Maka, di sini Mahkamah boleh mengarahkan suatu JawatanKuasa Pendamai dilantik untuk mewakili pihak-pihak. Hal ini diperuntukkan dalam Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mana Jawatankuasa Pendamai yang dilantik terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi beserta dua orang wakil. 


Di peringkat ini, Mahkamah akan memberi keutamaan kepada saudara dan ahli keluarga terdekat. Wakil-wakil ini akan berusaha berbincang untuk mencapai perdamaian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh jawatankuasa ini dibentuk. Jika pihak-pihak berjaya didamaikan, maka Mahkamah akan merekodkan perdamaian tersebut dan menolak tuntutan perceraian yang dikemukakan oleh isteri.


Suami isteri bercerai


Bagaimana sekiranya pihak-pihak gagal didamaikan selepas tempoh 6 bulan tersebut?  


Maka, Mahkamah akan merujuk kes tersebut kepada Hakam (Penimbang Tara) iaitu perbincangan lanjut akan dilakukan antara wakil pihak-pihak supaya pihak-pihak berdamai atau diteruskan dengan perceraian. Perlantikan Hakam dibuat setelah Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan tersebut.


Apakah Kesan Perceraian di bawah S. 47 EUKIS 2003?


Suatu perceraian di bawah peruntukan S. 47 EUKIS 2003 akan menggugurkan 1 talak dan boleh dirujuk semula semasa isteri dalam tempoh iddah dan tidak memerlukan kepada aqad baru.


Tiada ulasan